Meriah! Itulah yang berlaku sepanjang majlis BBQ bersama pelakon Siti Saleha yang berlangsung di Ipoh, Perak Sabtu lalu. Majlis ini diserikan lagi dengan pelbagai barangan tajaan Palmolive.
Berbagai-bagai aktiviti menarik telah dijalankan selain daripada sesi BBQ yang turut menyaksikan Siti Saleha beraksi membakar ayam. Antara aktiviti yang berlangsung adalah permainan boling kelapa dan cabutan bertuah.
Aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan kepada semua yang menyertainya namun apa yang lebih penting dapat mengeratkan hubungan antara Siti Saleha sendiri dengan para peminatnya. Kami sendiri tabik tinggi-tinggi kepada Team Siti Saleha yang berjaya menganjurkan banyak program bersama pelakon drama Nora Elena itu hanya dalam tahun ini sahaja.
Apapun terima kasih kami ucapkan kepada TSS kerana mengundang kami untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan pada petang 15 September lalu.
Untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan atau menjadi sebahagian dari TSS, anda boleh memberi melakukannya menerusi laman Facebook rasmi Team Siti Saleha. Gambar-gambar menarik untuk tatapan anda selepas ini, yeah!

























Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]