23 TAHUN DALAM SENI – AC MIZAL BAKAL PUNYAI STESEN TV SENDIRI

— Publish on February 21 2015 and Komen | 1,813,151 Views

“Dalam dunia perniagaan ini, kita sentiasa buat benda yang kita selalu arif. Saya sudah ada hotel di Danok dan Bali. Sekarang masanya untuk saya punyai stesen TV pula,” ujar AC Mizal mengenai projek TV sendiri yang sedang diusahakannya.

Difahamkan, stesen TV online itu adalah yang pertama di Malaysia dan akan beroperasi sekitar Mac ini.

“Saya mendapat idea untuk membuka stesen TV online ini selepas 23 tahun saya terlibat dalam dunia hiburan dan ingin memberi peluang kepada bakat baru.

“Tak salah kalau benda ini jadi platform untuk artis baru dan tiada lagi rancangan nyanyian. Yang ada sekarang hanyalah Muzik Muzik dan acara anugerah sahaja,” jelasnya yang akan tetap meneruskan pekerjaannya sebagai pengacara seperti biasa.

Tambah AC, walaupun projeknya itu agak susah, tetapi dia sudahpun meminta pandangan dari pihak Astro mengenai perkara ini.

“Lagipun saya merupakan artis Astro dan ini tidak akan menganggu kerja-kerja saya yang lain. Memang susah apabila mahu membuka sebuah stesen baru iaitu dari segi pemasaran. Astro ada juga membantu dari segi pengalaman,” kata AC yang masih merahsiakan kos keseluruhan membina syarikat penyiaran itu.

“Dari segi kos… ianya memang besar kerana kita perlukan kamera dan lain-lain peralatan untuk mengikut standard yang sedia ada,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Teks oleh myartis.com

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini

Galeri Foto :Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW).

Love this topic? Dont forget to share with your friends. Help us to spread the information with the others :)

Comment Area

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Have something to say?

KEMPEN

LAGI ARTIKEL MENARIK

1,114,241 Views

‘Gigitan Cinta’ Di Leher Yuna Akibat Digigit Labah-Labah

28 November 2016 • Komen

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah. Penyanyi Yuna menjelaskan foto kontroversi yang tersebar pada... [...]

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah.