6 Rahsia Siti Saleha Kekal Cantik Dan Langsing

— Publish on November 28 2016 and Komen | 536,823 Views

7-hari-mencintaiku-tv3

Wajahnya cerah berseri dan memiliki cantik semula jadi. Tubuhnya pula langsing dan buatkan banyak mata terpukau dengan kecantikannya.

Drama lakonannya ‘7 Hari Mencintaiku’ yang ditayangkan di TV3 memang tengah hangat diperkatakan sekarang.

bkm_wmrbc_c

Wajahnya cerah berseri serta cantik semula jadi. Bahkan tubuhnya juga kurus langsing bak jam pasir. Kala memandang sekali sudah boleh memukau perhatian ramai. Apakah rahsianya?

Ketahui cara cantik yang aktres jelita, Siti Saleha amalkan demi kecantikan menyeluruh sentiasa terjaga.

Rahsia anda untuk kekal tampak muda?
Makan banyak buah-buahan dan minum air. Serta jangan mengenakan solekan yang tebal dan tidak sesuai dengan diri.

Ada sebarang minuman atau makanan yang anda amalkan untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga?
Buah-buahan segar dan minuman tenaga.

Apakah masalah rambut terbesar anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?
Rambut saya akan jadi berminyak jika tidak dicuci setiap hari. Justeru, saya pastikan saya memilih produk penjagaan rambut yang sesuai untuk dipakai setiap hari bagi mengelakkan rambut kering akibat dibasuh setiap hari.

Boleh kongsikan tip anda menjaga rambut?
Saya akan membuat rawatan di salun rambut setiap 3 bulan dan potong seinci hujung rambut bagi menggalakkan pertumbuhan rambut sihat.

Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?
Maskara adalah item wajib yang perlu ada! Kemudian, sedikit olesan pemerah pipi dan juga pengilat bibir untuk menambah seri. Untuk ke majlis anugerah atau apa jua majlis formal, saya suka untuk bereksperimen dengan mencuba solekan dan gaya baru.

Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?
Cuci wajah setiap hari. Sebelum mengenakan sebarang solekan, saya sapu minyak hidrasi dan pelembap. Sebelum tidur, saya pastikan wajah bersih daripada sebarang solekan dan memulakan rejim malam pula dengan penggunaan pupur dan pelembap wajah.

Anda mengamalkan sebarang diet?
Makan nasi seminggu sekali. Lebihkan salad dan sayuran dalam hidangan serta elak makanan berminyak.

Sumber : EH!

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini

Galeri Foto :Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW).

Love this topic? Dont forget to share with your friends. Help us to spread the information with the others :)

Comment Area

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Have something to say?

KEMPEN

LAGI ARTIKEL MENARIK

988,939 Views

‘Gigitan Cinta’ Di Leher Yuna Akibat Digigit Labah-Labah

28 November 2016 • Komen

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah. Penyanyi Yuna menjelaskan foto kontroversi yang tersebar pada... [...]

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah.