Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton telah tiba di Malaysia sekitar tengahari tadi bagi melawat melawat Kuala Lumpur serta negeri Sabah.
Putera William & Kate Middleton baru sahaja menghadiri jamuan makan tengah hari bersama Perdana Menteri Malaysia di Seri Perdana.
Pasangan ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus menuju ke agenda pertama sempena lawatan kerja tiga hari.
Kate Middleton akan memberikan ucapan di khalayak ramai pada kali ini dan ini adalah sesuatu yang baru kerana ia merupakan pertama kali buat beliau di luar negara.
Duke and Duchess of Cambridge ini akan berada di Malaysia selama tiga hari sebelum berlepas ke Kepulauan Solomon pada 16 September 2012 untuk lawatan seterusnya.













Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]