Alyah Kata Dia Tidak Sebut Suaminya Kahwin Perempuan Itu!

— Publish on January 12 2015 and Komen | 1,809,493 Views

imageResize

Penyanyi yang juga isteri kepada Dato’ Ramli MS, Datin Alyah kesal apabila kenyataannya mengenai wanita bernama Siti Hafilah Che Kar telah dimanipulasi oleh pihak media.

Terdahulu Alyah telah memuatnaik gambar wanita itu menerusi akaun Instagramnya dan wanita itu didakwa sering menganggu hidupnya dari sebelum sehinggalah selepas dia berkahwin dengan Ramli MS.

Terdahulu di dalam laporan Harian Metro, Alyah didakwa telah membuat pengakuan bahawa wanita tersebut telah membuat pengakuan bahawa wanita itu adalah isteri Ramli MS.

Malah, dia mengaku menjumpai gambar suaminya dengan wanita tersebut dalam telefon bimbit milik konduktur muzik dan komposer terkenal itu.

Dalam Berita Harian pula, Ramli MS mendakwa dia tidak tahu apa-apa mengenai dakwaan yang dibuat oleh penyanyi yang bakal beraksi di final AJL29 menerusi Sesal Separuh Nyawa itu. Malah, Ramli MS meminta pihak wartawan bertanya sendiri kepada Alyah kerana gambar itu dia yang muatnaik.

Namun kira-kira 2 jam yang lalu, Alyah menerusi instagramnya telah menaikkan sebuah posting terbaru dengan meluahkan kekesalan apabila kenyataan telah dimanipulasikan sehingga ia menjadi tidak benar.

“Saya muatnaik gambar tadi adi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam gambar itu dari saya berkawan sampai sudah berkahwin (dengan Dato’ Ramli MS) sering menganggu hubungan saya.

“Yang saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya untuk ditemu bual adalah: ” Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.

“Saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kahwin dengan perempuan Tu. Maafkan saya kerana hari ini, saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah melakukan kesilapan yg besar.

“Tapi janganlah sampai memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar,” katanya lagi.

Siapa sebenarnya di pihak yang benar dan siapa pula wanita yang bernama Siti Hafilah Che Kar? Apa pula yang dia inginkan dengan menganggu kehidupan Alyah, lebih-lebih lagi selepas sudah berumahtangga dengan Ramli MS sepertimana yang didakwa oleh Alyah sendiri? Dan, apa pula hubungan sebenar Siti Hafilah Che Kar itu dengan Ramli?

Namun gambar Siti Hafilah Che Kar yang dimuatnaik oleh Alyah lebih awal tadi sudah pun tiada di dalam instagramnya.

download

 

Teks oleh Murai.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini

Galeri Foto :Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW).

Love this topic? Dont forget to share with your friends. Help us to spread the information with the others :)

Comment Area

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Have something to say?

KEMPEN

LAGI ARTIKEL MENARIK

1,114,225 Views

‘Gigitan Cinta’ Di Leher Yuna Akibat Digigit Labah-Labah

28 November 2016 • Komen

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah. Penyanyi Yuna menjelaskan foto kontroversi yang tersebar pada... [...]

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah.