Hantarkan Artikel
Diet Kamikaze
komen

Populariti penyanyi Ramlah Ram mula kembali melonjak apabila lagu terbarunya “ Sesaat Kau Datang” bersama kumpulan duo dari seberang iaitu SleeQ menjadi fenomena dan menepati trend kolobrasi pada masa kini.

Sebagai hasil sokongan, Ramlah Ram akan kembali melahirkan album solo ke 15 pada awal Oktober ini yang diterbitkan oleh sekumpulan kelab peminat beliau yang dinamakan ‘Ramlah Ram Group” (RRG) yang diketuai oleh Mifzal. Album yang berjudul ‘Aspirasi Hati’ dimulakan pembikinanya pada tahun 2010 dan akhirnya berjaya disiapkan pada tahun ini. Menariknya, ini merupakan album pertama artis Malaysia yang diterbitkan oleh Kelab Peminat yang berdaftar.

Album Aspirasi Hati mengekalkan konsep POP yang menjadi ideantiti perjalanan seni kerjaya Ramlah selama ini. Aspirasi Hati mengandungi 10 buah lagu dan 2 buah lagu bonus. Antara lagu-lagu yang terkandung adalah 5 minit, Takdir Cinta, Sejadah Cinta, Sesaat Kau datang, Hati, Benar mencintai, Seandainya, Cinta Gila, Aspirasi dan lain-lain. Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini merupakan Karya sepenuhnya oleh peminat Ramlah Ram sendiri seperti ID Mifzal, Zie Syafruddin, Mfaz, BAM dan Fairozee. Malah untuk album ini, antara kelainan yang ditampilkan oleh Ramlah daripada album sebelumnya adalah berkolobrasi dengan penyanyi-penyanyi muda berbakat seperti Caprice, Ana Syuhada, Faris Awanband dan SleeQ.

Menurut Ramlah, beliau sangat teruja dengan kerjasama kali ini.

“Bekerjasama dengan tenaga muda memang amat berbeza.Mereka sangat kreatif dengan idea serta mempunyai kesungguhan dalam membuat sesuatu kerja. Lihatlah hasilnya seperti orang yang mempunyai pengalaman yg banyak. Bagi saya album kali ini terlalu istimewa kerana di buat sepenuhnya oleh peminat saya yang turut menguruskan kegiatan seni saya pada masa ini. Album ini tentang perasaan saya terhadap mereka. Mereka inspirasi saya untuk saya berada terus dalam industri seni. Saya suka hasil kerja mereka” ujar Ramlah Ram.

Lantaran sambutan menggalakkan terhadap lagu ‘Sesaat Kau Datang’, album ini turut menampilkan kolobrasi rap yang kedua antara Ramlah Ram dengan penyanyi Caprice yang berasal dari Kuala Lumpur melalui lagu ‘5 minit”. Masih berkonsepkan genre muzik yang sama, lagu ‘5 minit ‘ merupakan taruhan utama RRG bagi melariskan jualan album selain lagu “ Takdir Cinta” kolobrasi Ramlah Ram dengan Ana Syuhada.

Rentak Artis dimaklumkan bahawa RRG mengambil masa 2 tahun untuk mendapatkan khidmat Caprice dan akhirnya berjaya bertemu dan berbincang serta dipersetujui kedua-dua pihak.

Menurut Caprice yang pernah merakamkan beberapa single untuk pasaran tempatan dan antarabangsa;

“ Saya amat teruja bila dapat berganding dengan penyanyi popular Ramlah Ram. Saya amat meminati suara beliau serta suka dengan lagu gandingannya bersama SleeQ. Apabila saya ditawarkan peluang, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya”. 

Mendengarkan teaser lagu ’5 minit’ saja membuatkan kami sendiri tidak sabar untuk menantikan kemunculan single terbaru Ramlah Ram ini!

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien