Berat Zamani naik 9 kilogram, Semakin Berisi Selepas Jalani Pemulihan

— Publish on March 11 2015 and Komen | 1,926,429 Views

zamani_kurus_baru

zamani_kurus_baruBekas vokalis kumpulan Slam yang terkenal pada era 90-an, Zamani Ibrahim tampil di Mahkamah Majistret Ampang semalam dalam keadaan lebih kemas dan berisi berbanding sebelum ini apabila beratnya naik sebanyak sembilan kilogram sejak dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan di ibu negara lebih sebulan yang lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid dan Siti Shafinaz Salleh bagaimanapun memohon agar sebutan semula kes berkenaan yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhkan bagi menunggu laporan kimia dan penyerahan dokumen kes tersebut.

Peguam bela, Ahmad Zaharil Musaiyar yang mewakili Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, dan Nur Juliana tidak membantah permohonan tersebut.

Majistret Ayuni Izzati Sulaiman kemudian membenarkan permohonan itu dan me­netapkan 10 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Di luar mahkamah, Ahmad Zaharil memberitahu, anak guamnya yang dilihat tampil lebih segak dengan berambut pendek kini semakin sihat sejak dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan di sini lebih sebulan yang lalu.

“Berat badannya telah naik sembilan kilogram daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram sejak mula menjalani pemulihan pada 24 Januari lalu. Ada lebih kurang lima bulan lagi dia akan berada di pusat berkenaan. Sama-sama kita mendoakan agar proses pemulihannya berjalan lancar.

“Tumpuan kini bukan hanya kepada soal kes dadahnya sahaja, tetapi juga untuk melihat dia kembali pulih daripada ketagihan,” kata Ahmad Zaharil.

Pada 29 Januari lalu di mahkamah sama, Zamani dan Nur Juliana mengaku tidak bersalah memiliki dadah jenis heroin seberat 1.20 gram di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam, 21 Januari lalu.

sumber : Kosmo!

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini

Galeri Foto :Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW).

Love this topic? Dont forget to share with your friends. Help us to spread the information with the others :)

Comment Area

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Have something to say?

KEMPEN

LAGI ARTIKEL MENARIK

1,237,970 Views

‘Gigitan Cinta’ Di Leher Yuna Akibat Digigit Labah-Labah

28 November 2016 • Komen

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah. Penyanyi Yuna menjelaskan foto kontroversi yang tersebar pada... [...]

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah.