Berita | Drama Bersiri Nur Kasih Ditayangkan Dua Kali Di Indonesia

Gempak seyh! Drama yang pernah mencipta sejarah bilangan penonton, Nur Kasih sebenarnya sudah dua kali ditayangkan di negara jiran, Indonesia. Infrmasi ini dimaklumkan sendiri oleh Tiz Zaqyah melalui laman Facebooknya.

Nur Kasih buat pertama kalinya ditayangkan di Indonesia ketika bulan Ramadhan yang lalu. Atas sambutan dan permintaan daripada penonton di Indonesia, ‘sinetron’ buatan Malaysia ini ditayangkan kembali pada pertengahan September yang lalu.

Antara lain yang menjadi sebab mengapa Nur Kasih menjadi pilihan disana adalah kerana teknik sinematografinya yang setaraf dengan filem selain sebab utamanya iaitu mempunyai jalan cerita yang penuh inspirasi buat penonton saluran B Channel.

Tahniah kepada pengarah Khabir Bhatia kerana berjaya membawa penangan Nur Kasih hingga ke Indonesia. Tak mustahil file Nur Kasih The Movie juga akan turut menurut langkah bagi melengkapkan tontonan mereka di Indonesia. Tak mustahil juga nama-nama seperti Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz akan terus dikenali di Indonesia. Hik!

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress