Hantarkan Artikel
Diet Kamikaze
komen

Sejak menceburi bidang lakonan pada tahun 1994 menerusi filem Sayang Salmah, kerjaya lakonan Norish Karman (NK) semakin positif. NK juga pernah membintangi drama yang menjadi tontonan ramai, Spa Q & Spa Q 2 yang mencecah 120 episod untuk tayangan TV3 sedikit masa dulu.

NK yang kini sudah berumur 38 tahun sebenarnya adalah anak kelahiran Singapura dan dia sememangnya seorang yang berbakat besar dalam dunia lakonan.

Namun, untuk tahun 2012 ini, NK memfokuskan kerjaya seninya pada bidang nyanyian pula. Kenapa nak menyanyi pula? Sedangkan kita semua mengenali NK menerusi lakonannya…

Sebenarnya, nyanyian merupakan jiwa NK. Pada tahun 2006, NK pernah menyertai ‘World Championship of Performing Arts’ di Los Angeles dan dia telah berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Vokal (R&B). Memang Superb kan?

Ketika ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama untuk menyanyi, agak sedikit terlewat pada usia sebegini. Dengan pantas dia menjawab;

NK: Mengapa tidak?

Buat masa ini, NK akan mengeluarkan single yang berjudul ‘Terus Melangkah (feat Filsuf)’ ciptaan Damien dan juga ‘Rahsia Hati’ ciptaan Julfekar. Album penuh dijadualkan akan menemui peminat pada pertengahan tahun 2012 dengan lagu-lagu seperti Pencinta dan Kasihku Selamanya. NK juga mampu menulis lagunya sendiri yang ditujukan khas buat anaknya. Lagu mana? Tungguuu…

Apa yang pasti, Team RentakArtis percaya ramai yang akan tertarik dengan lontaran suara dan muzik yang dibawa oleh NK. Cekitdout preview muzik video ‘Rahsia Hati’ selepas ini!

Get the Flash Player to see this player.

Kasihku Selamanya

Get the Flash Player to see this player.

Pencinta

Get the Flash Player to see this player.

Usik Mr. RA: NK pandai masak sup ekor! Memang kaw!

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien