Hantarkan Artikel
Diet Kamikaze
komen

Konsep 2 dalam 1 ni jarang-jarang kami tampilkan dalam artikel. Tapi tak kami nafikan walaupun nama Khairul Fahmi semakin naik (+kontroversi), namun tidak semua menyukainya. So kami simpulkan, ini cara terbaik untuk hilangkan rasa muak korang.

Nora Danish dalam kenyataannya menafikan pernah keluar bersama Khairul Fahmi seperti yang didakwa. Menurut beliau;

Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya. Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia. Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus.

Dalam pada itu, Liuniey yang kini semakin dikenali turut membuat satu kenyataan kepada pihak media mengenai spekulasi hubungannya bersama Khairul Fahmi. Dia juga menegaskan Khairul Fahmi bukan punca dia memutuskan ikatan pertunangannya;

Saya terima berita ini (putus tunang) sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu. Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek.

Rasanya semua pihak yang berkaitan dah memberikan kenyataan masing-masing. Dengan ini kami isytiharkan kontroversi ini ditutup! Pergh!

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien