Berita | Penerbit Filem Dibelasah 20 Lelaki Angkara Rokok

Suami kepada pelakon Nadia Mustafar, Hazil Izham Ismail yang juga penerbit filem diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Hazil patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri akibat dipukul 20 lelaki tidak dikenali yang yang dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana mereka dikatakan berselisih faham mengenai zon larangan merokok.

BANTU…Nadia membetulkan rambut suaminya, Hazil yang cedera dibelasah.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Hazil mendakwa baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran.

Katanya kepada HMetro, mereka kemudian didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada kru penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum berlaku pertengkaran.

Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul kru saya yang lain.

Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya.

Hazil kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar. Katanya lagi, dia hanya mampu menutup muka dan kepala menggunakan tangan sehinggalah dibawa pulang ke rumah oleh kru penerbitannya sebelum isteri membawa ke hospital.

Hazil juga tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selepas membuat laporan polis.

Kata Mr. RA: Dah macam filem Jepun… Yakuza.

Sumber: HMetro

About author
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress