Berita | Qi Sumbang Suara Dalam Album Terbaru Yuna, Terukir Di Bintang

Sekiranya korang dah memiliki album terbaru Yuna, ‘Terukir Di Bintang’, mesti korang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang turut menyanyi dalam lagu ‘KL Kita’.

Yuna baru-baru ini mendedahkan bahawa suara lelaki tersebut adalah milik kekasih hatinya, Qi.

“Lagu ‘KL Kita’ itu adalah ciptaan saya bersama Qi, sebab itu saya mahu dia nyanyi bersama-sama. Mula-mula memang Qi tak mahu, tetapi akhirnya dia setuju juga setelah saya desak beberapa kali. Untuk rekod bahagian dia, ambil masa tak lama pun, kira-kira dua jam sahaja,” ujar Yuna.

Album kedua Yuna memuatkan lapan buah lagu kesemuanya iaitu, Terukir Di Bintang, KL Kita, Memo, Sparkle, Photo of You, Coffe, Someone Out Of Town dan Fears And Frustration.

Jom dengarkan suara Qi di dalam lagu KL Kita ni.



Get the Flash Player to see this player.

Jangan lupa untuk dapatkan album terbaru Yuna, Terukir Di Bintang di pasaran sekarang!

Sumber: Portal GUA

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

  • g.g

    best jugk lagu nie….,suara qi pun ok gak….. <3 sweet couple <3

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress