Berita | Sharnaaz Ahmad, Kris Chempaka Hero Dan Heroin ‘Bicara Hati’

Sharnaaz Ahmad, pelakon baru berbakat yang sedang meningkat terpilih untuk menjadi hero untuk sebuah drama terbaru arahan pengarah terkenal Osman Ali. Drama tersebut diadaptasikan dari novel tulisan Damya Hanna yang berjudul ‘Bicara Hati’. Turut digandingkan dengan Sharnaaz juga ialah pelakon Kris Chempaka yang turut membintangi filem KIL.

Penulis skrip bagi drama ini adalah seorang penulis skrip terbaik dari Indonesia, Jujur Prananto yang pernah menulis skrip filem Ada Apa Dengan Cinta dan banyak lagi. Sesi penggambaran Bicara Hati telah dimulakan Isnin lalu. Dengan gandingan ini, kami yakin sesuatu yang hebat akan diberikan melalui drama ini kerana kedua-dua Sharnaaz dan Kris adalah pelakon berbakat, apatah lagi Osman Ali yang terkenal dengan filem seperti Anak Halal. Filem Ada Apa Dengan Cinta pula pernah memberi impak sewaktu ditayangkan sekitar awal 2000-an. Kita tunggu!

P/s: Nak kenal Sharnaaz Ahmad? Tunggu entri kami berkenaan beliau sikit masa lagi. Weehuu!

 

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress