Bob Lokman dilaporkan kini beransur pulih selepas dimasukkan ke Hospital Taiping pada 24 Jun lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, keadaan Bob Lokman beransur pulih setelah menerima rawatan.
“Alhamdulillah. Keadaan saya bertambah baik. Doktor mengesahkan jantung dan paru-paru saya dimasuki air.
“Saya akan berehat selama dua hari di rumah (semalam dan hari ini) dan akan kembali berceramah selepas itu,” katanya yang dibenarkan pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, petang kelmarin.
Ahad lalu, Bob dikejarkan ke Hospital Taiping oleh rakan-rakannya apabila mengalami sesak nafas sewaktu tidur. Selepas sehari di hospital tersebut, pelawak ini dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh dan dijaga oleh anaknya.





Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]