Saban hari semakin ramai yang telah berhijrah dengan memilih untuk memakai hijab. Ya, mereka adalah gadis yang suatu masa nanti menjadi sang pencinta bagi seorang jejaka. Tidak boleh tidak mereka lari dari rasa ingin berhijrah tersebut melainkan takut akan azab Allah swt.
Bukan semua golongan gadis mudah menerima semua ini dengan tiba-tiba atau dalam masa yang singkat. Namun usah menjadikan alasan tidak menerima hidayah atau pintu hati belum terbuka untuk menerima hijab sebagai perkara yang wajib diperlihara oleh seorang gadis.
Cinta Dia tidak mengenal pada siapa. Semakin dekat seseorang hamba denganNya, maka makin dekat Dia menghampiri dan memberkati. Apabila jauh berlari seorang gadis dari perkara kebaikan, maka kebaikan yang kecil dianggap remeh dan seterusnya diabaikan.
Bagi sang pencinta lelaki, bukan mencintai seseorang atas alasan kerana bertudung, kerana tudung dipakai cantik, kerana bergaya dengan tudung, dan juga bukan kerana tudung demi menjaga hati. Tetapi lihatlah sang gadis yang bertudung kerana aurat yang dijaga dan diselubungi.
Begitulah sebaik-baik cinta sesama manusia. Biarlah cinta kerana Dia. Bukan kerana si dia yang mampu bawa jejaka mahupun gadis terus hanyut dan leka dek kerana rasa cinta semata-mata. Cinta kerana Dia akan didorong dengan rasa maruah diri yang turut harus dijaga.






Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]