Hantarkan Artikel
Diet Kamikaze
komen

Setelah berjaya mencungkil bakat Najwa Latif dan Kumpulan Iamneeta  melalui laman Youtube, NAR Records Sdn Bhd, kini satu bakat baru telah dikesan bakatnya juga melalui youtube.

Baru-baru ini, Deanna Hussin telah di lamar oleh syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat itu. Dalam usia 16 tahun bakat Deanna telah dapat dikesan dan sememangnya beliau  bertuah apabila dapat bernaung bersama-sama artis-artis NAR Records yang lain seperti Najwa Latif dan iamneeta. Bakat Deanna  juga dikesan melalui laman sosial Youtube apabila video-video nyanyiannya menarik  perhatian pihak NAR. Deanna yang berasal dari Pulau Pinang ini juga berbakat dalam penulisan lagu dan mendapat pendedahan awal muzik seawal umur 10 tahun.

Satu kelebihan Deanna ialah kemampuannya mencipta lagu dalam Bahasa Inggeris menjadikan ia berbeza dengan artis-artis NAR yang lain. Semoga Deanna mampu meraih sokongan padu dari peminat dan media Malaysia. Perjalanan seni Deanna boleh diikuti melalui saluran-saluran dibawah:

Facebook Fanpages: Deanna Hussin

Twitter : @DeannaHussin

Akaun Youtube : www.youtube.com/DeannaHussin

 

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien