Drama | Kekasih Awal Dan Akhir Arahan Sulung Aaron Aziz

Boleh dikatakan sejak dua menjak ni banyak drama terutamanya drama rantaian yang ditayangkan di kaca TV menampilkan wajah Aaron Aziz sebagai pelakonnya. Paling mencuri perhatian adalah drama rantaian Nora Elena dan kalau tak silap kami yang baru berakhir adalah drama Jiwa Dan Lara.

Tapi kini Aaron mengambil satu lagi langkah ke depan dengan mencabar diri menjadi seorang pengarah. Aaron Aziz buat pertama kalinya, mengarahkan sebuah telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd.

Sinopsis drama ‘Kekasih Awal Dan Akhir’:

‘Kekasih Awal dan Akhir’ menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

Teruja nak tonton sendiri jalan ceritanya? Jangan lupa untuk saksikan drama Kekasih Awal Dan Akhir pada 9 November 2011 jam 8.30 malam hanya di TV3. Drama ini turut dilakonkan oleh Fouziah Gous dan Siti Saleha selain Aaron Aziz sendiri.

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

  • Nyzza

    Saya dah menonton drama ini.Tahniah Aaron kerana dpt menghasilkan drama
    yg menampilkan konflik rumahtangga dan pengorbanan seorang isteri lumpuh yg menyentuh hati.kalau dijadikan drama rantaian lagi menarik .Saya difahamkan skrip dihasilkan oleh Dyana Haliq(isteri Aaron ).Tahniah sekali
    utk Dyana.Skrip biasa saje Dyana perlu menghasilkan skrip yang lebih berat dan boleh menyentuh hati.Saya amat tertarik dengan drama ini dimulakan dengan Hadis nabi Muhammad s.aw.Ini titik permulaan bagi Aaron utk mengarah lebih banyak drama.Kalau boleh nak tengok drama triller dari Aaron coz drama macam ini dah banyak dah.Aaron kena cari kelainan.Aaron n Dyana all the best teruskan usaha anda…
    teruskan usaha anda

  • Melchidec

    Aaron akan kembali lagi sebagai pengarah drama thriller. Dan dia sendiri yang akan menulis skripnya.. Doakan dia berjaya.. =)

  • Hayati Bekri

    Bunyi tajuk memang menarik ! dan sy slh sorang peminat Aaron aziz & Dayana Haliq . Tapi sy tidak berpeluan utk menonton drama ini di TV :( boleh download tk?

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress