Hantarkan Artikel
Diet Kamikaze
komen

Filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia mengisahkan perjalanan hidup Budi (dilakonkan oleh Remy Ishak) yang dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali membuatkannya sentiasa ditinggalkan orang yang tersayang.

Budi dilihat tidak lekang dengan usia akibat didakwa faktor tarikh lahir beliau yang hanya wujud 4 tahun sekali. Malah beliau masih hidup pada era 1990an dan memiliki wajah yang masih tidak berusia walaupun lahir pada 1896.

Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap “kecacatan” itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya dia sentiasa kehilangan orang yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan cinta terlarang. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia?

Trailer: Adakah ini anugerah atau sumpahan?

Saksikan lakonan mantap Remy Ishak sebagai ‘Budi’, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton filem arahan Edry Abdul Halim, 29 Februari di pawagam mulai 30hb Ogos 2012.

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien