Sesuatu yang membanggakan apabila filem Malaysia berjaya menapak di dalam majlis anugerah peringkat antarabangsa hatta sebagai calon sekalipun. Filem yang di terajui Faizal Hussein dan Zahiril Adzim, Bunohan dilaporkan telah di calonkan untuk kategori Best Foreign Language Film dalam Academy Awards yang ke-85 pada tahun hadapan.
Bunohan yang merupakan arahan Dain Said itu tersenarai bersama 70 buah filem lain dari pelbagai negara seluruh dunia untuk merebut anugerah berprestij tersebut Februari nanti. Filem Bunohan mengisahkan tiga adik beradik Ilham, Bakar dan Adil yang pulang ke kampung halaman mereka berdekatan dengan sebuah hutan paya bakau terpencil dengan jalan hidup dan takdir yang berbeza-beza.
Negara jiran, Indonesia menghantar turut menghantar sebuah filem sebagai wakil mereka iaitu Sang Penari (The Dancer) yang di arahkan oleh Ifa Isfansyah yang juga memegang gelaran filem terbaik di Festival Filem Indonesia 2011 yang lalu.
Semoga dengan pencalonan Bunohan ini, filem-filem berkualiti dari Malaysia diberi perhatian sewajarnya oleh pihak luar. Kami dan rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk Bunohan di anugerah Oscar tahun hadapan. Bagi senarai penuh pencalonan bagi kategori ini, anda boleh merujuknya di laman web rasmi Anugerah Oscar.
Untuk trivia menarik tentang filem Bunohan, klik SINI.







Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]