Perkembangan industri filem Malaysia kini semakin berubah ke arah positif. Banyak hasil sentuhan anak tempatan yang boleh dibanggakan, asalkan tidak dinilai dari segi kutipan semata-mata.
Buktinya, ada antara filem-filem Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa atau sekurang-kurangnya ditayangkan di festival filem antarabangsa. Terbaru filem Songlap yang menerima komen positif dari peminat & pengkritik filem bakal di tayangkan di 2 festival filem bertaraf antarabangsa tidak lama lagi.
Filem yang menampilkan Shaheizy Sam dan Shafie Naswip sebagai teraju utama ini bakal menerima slot tayangannya di Udine Far East Film Festival (Udine FEFF), Itali dan Los Angeles Asian Pacific Film Festival (LA APFF), Amerika Syarikat.
Bakal ditayangkan di festival antarabangsa saja dah cukup untuk buat anak seni Malaysia tersenyum tapi lebih menarik jika berjaya mendapat pengiktirafan dari penggiat seni filem di sana.
Apa pun tahniah buat Grand Brilliance dan Red Films juga gandingan suami isteri, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak kerana menghasilkan sebuah filem yang mampu berada pada tahap ini. All the best yaww!














