Gambar | Aiman Hakim Ridza Digilai Kerana Vanila Coklat

By  |  0 Comments

Kalau korang merupakan peminat setia slot Lestary di TV3 tentunya korang kenal siapa Amir Ashraff. Watak anak Dato’ Ahmad berkenaan diterajui oleh seorang bakat baru dalam dunia lakonan, Aiman Hakim Bin Ridza Abdoh, atau lebih dikenali sebagai Aiman Hakim Ridza.

Aiman mula dikenali sebagai peserta bagi program Mentor dibawah bimbingan penyanyi Rahim Maarof tapi nama Aiman sedikit tenggelam selepas berakhirnya program tersebut. Drama bersiri Vanila Coklat yang kini sedang ditayangkan di TV3 berjaya melonjakkan nama Aiman sebagai watak utama selain Izara Aishah.

Sejak dari lahir Aiman tinggal di Johor sehinggalah tahun 1990. Kemudian, dia berpindah ke Pulau Pinang hingga  1994. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya.

Selain mempunyai bakat nyanyian, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.

Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich. Kaki bola seyh. ¬†Selepas Vanila Coklat, Aiman akan muncul pula dalam drama terbaru lakonannya, Friday I’m In Love.

Jom layankan beberapa keping foto Aiman termasuklah foto “pra-perkahwinan” Amir dan Zara dalam Vanila Coklat yang disiarkan setiap Selasa jam 9 malam di TV3.

Biodata Aiman Hakim Ridza:

Nama Penuh : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
Tempat Lahir : Johor Bahru
Umur : 23 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>