Gambar | Eja Manis Bertudung

By  |  1 Comment

Lama tak dengar cerita tentang pelakon jelita ni. Paling akhir kami nampak dia di kaca TV adalah semasa tayangan drama bersiri Mantera Anjasmoro. Baru-baru ini kami terlihat wajah Eja terpapar di dada akhbar Harian Metro. pa yang menarik dan membuat kami tersentuh adalah penampilan Eja yang ketika itu bertudung litup tanpa calitan make-up di wajah. Sungguh bersih dan sejuk mata memandang.

Terkini tentang Eja atau nama penuhnya Siti Shahrizah Saifuddi,39, selesa memilih untuk cuti rehat dan bersama keluarga selama sebulan di bulan Ramadhan ini. Bagi Eja, sudah memadai selama 11 bulan dalam setahun dia aktif berlakon. Justeru, tempoh sebulan berpuasa ini, adalah wajar untuknya melupakan seketika kesibukan karier dengan memanfaatkan Ramadan sebaik mungkin untuk bermuhasabah diri.

“Jadi, saya memang tak mahu lupakan tanggungjawab pada Tuhan dan inilah masa untuk kejar semula apa yang sudah tertinggal dulu. Saya mahu melengkapkan diri dengan bekalan akhirat selain meluangkan masa bersama suami dan anak di rumah.

“Saya selesa masa yang ada ini diisi dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Kalau
di lokasi, solat lima waktu pasti tak terurus. Mekap dan bersiap pun ambil masa lama dan tentunya cukup terikat dengan waktu kerja. Justeru, meninggalkan karier buat sementara adalah pilihan saya setiap kali Ramadan. Apapun, sepanjang 15 tahun dalam karier lakonan hanya satu atau dua kali saja saya terpaksa ada di lokasi. Itu pun kerana penggambaran dibuat sebelum Ramadan. Namun, menerima tawaran berlakon dalam bulan Ramadan tidak sama sekali. Biarpun, ada tawaran diberikan tetapi saya akan menolak secara baik bersandarkan alasan tersendiri. Setakat ini, syukur pihak produksi ditolak itu memahami.”
Bercakap mengenai penampilannya yang bertudung, jelas Eja;
“Penampilan ini hanya mengikut syariat Islam dan tidak wajarlah jika saya berpakaian kurang sopan atau tak sepatutnya untuk hadir di majlis seperti ini. Tetapi, insya-Allah mana tahu kalau Tuhan memberi seru pada saya untuk kekal bertudung.

“Apapun, dalam usia saya yang akan mencecah 40 pada tahun depan, memang saya akui ada berniat juga hendak kekal bertudung suatu hari nanti. Namun, saya takkan melakukan perubahan drastik kerana ditakuti niat tidak ikhlas dan kerana orang lain. Penting untuk ikhlas berubah dari hati dan jiwa supaya penghijrahan dibuat berkekalan. Saya juga yakin, apabila menutup aurat sebenarnya memberikan lebih keyakinan diri. Justeru, biarlah Tuhan menentukan dan saya cuma harap yang terbaik.”

Pada Ramadan dan Aidilfitri ini Eja akan muncul dengan enam telefilem istimewa iaitu Demi Tuhan Ku Izinkan, Pelita, Satu Permintaan dan Cinta dari Kaabah disiarkan di Astro. Manakala, Lailatul Qadar (TV3) dan Masih Membara Cintaku (RTM).

1 Comment

  1. Pecah_batu

    02/02/2012 at 4:01 PM

    nak tau sangat2 tajuk lagu dalam drama demi tuhan ku izinkan…………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>