Syukur semakin ramai figura umum yang memilih untuk berubah ke arah yang lebih baik secara fizikal. Selepas Ana Raffali, kini penyanyi Farah Asyikin pula membuat keputusan untuk memakai tudung.
Penyanyi Farah Asyikin, yang dikenali dengan lagu Dari Sini Ke Bintang-Bintang baru-baru ini membuat penampilan baru dengan imej bertudung melalui laman Twitternya @farahasyikin, baru-baru ini. Malah Farah Asykin berhasrat untuk membuang gambar-gambar peribadi yang terdedah dan biarkan ia menjadi satu sejarah.
Namun begitu, Farah turut berharap agar penghijrahannya ini tidak disalah anggap sebagai satu publisiti, sebaliknya mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

















