Rasanya sejak dua menjak ni ramai artis Malaysia yang mengambil keputusan untuk membuat kad kahwin yang simple tapi menarik. Pada kami itu yang terbaik dan begitu jugalah dengan kad undangan perkahwinan Ana Raffali dan bakal suaminya, Naim. Yang penting, Ana Raffali makin berseri-seri selepas memakai tudung.
Ana Raffali dan Naim bakal mendirikan rumahtangga pada 25 Februari ini. Mereka akan bertunang dan dinikahkan pada hari yang sama. Semoga perkahwinan yang bakal dibina ini akan kekal sehingga hujung nyawa.
Sumber gambar: Media Hiburan















