Hantarkan Artikel
Pakej Fotografi RM1500*
Berita
komen

Semua dah tau 24 September ni Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan melangsungkan majlis akad nikah dan diikuti majlis resepsi sebelah mempelai perempuan keesokan harinya di Kota Tinggi, Johor. Majlis finale untuk resepsi mereka akan diadakan malam berikutnya. Semua dah tau juga kos tajaan untuk malam tu sahaja berjumlah RM12juta. Semua pun dah tau Abby takkan datang majlis tu. Tapi yang masih jadi tanda tanya ialah bagaimana rupa gaun pengantin untuk Memey nanti?

Kami kan pernah maklumkan pihak penaja buat konsep ala-ala program Runaway Project untuk cari pereka baju pengantin mereka dan sekarang dah terjawab siapakah geranganya.

Jika di majlis resepsi, pereka fesyen popular Hatta Dolmat bakal melempiaskan kreativitinya di atas persalinan gaun pengantin serba mewah, untuk majlis akad pula pereka fesyen muda, Ezuwan Ismail telah menjadi pilihan pengantin perempuan.

Sementara itu, tambah Ezuwan, dua lakaran imej persalinan pada majlis akad nikah itu sudahpun selesai. bagaimanapun dia masih menunggu kata putus Memey untuk memilih rekaan mana yang menjadi pilihan hatinya.

Katanya, kedua-dua rekaan itu memiliki dua citarasa yang berbeza, tetapi masih mengikut keinginan fantasi Memey Suhaiza yang mahu dirinya dilihat bak permaisuri jelita di hari bahagia itu nanti.

Menurut Ezuwan, rekaan pertama ilhamnya bertemakan citarasa English Modern, manakala satu lagi berteraskan Tradisional Melayu. Dan untuk Norman Hakim pula, Ezuwan turut mereka baju Melayu Teluk Belanga untuknya.

 

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]