Gambar | Sambutan Hari Lahir Zizan Razak Ke-28

By  |  2 Comments

Pelakon dan pengacara Zizan Razak telah menyambut ulang-tahun harijadinya yang ke-28 baru-baru ini. Acara kejutan ini diadakan di restoran Bora Ombak, Ampang bersama anak yatim dari Rumah Anak Yatim Syifa, Gombak.

Majlis ini turut dihadiri oleh kedua ibu bapa Zizan dan dua artis yang bernaung di bawah syarikat Zizan; Wire Fame Sdn Bhd iaitu Johan Asa’ari dan Kaka.

Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar yang turut dibintangi oleh Johan Asa’ari, Liyana Jasmay dan Soffi Jikan.

Pelawak yang berasal dari Dungun, Terengganu itu juga kini sedang bergiat dalam program Super Spontan di mana dia menganggotai kumpulan Angsa Ganas.

Sumber gambar: Portal Murai

 

 

 

2 Comments

  1. Ariffin Mutalib

    23/04/2012 at 9:56 AM

    RA bila pula nak buat birthday party???

    • Team RentakArtis

      24/04/2012 at 2:16 AM

      ada yang nak sponsor ke? hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>