Dengan sekali lafaz, pelakon drama popular ‘Juvana’, Zahiril Adzim selamat bergelar suami kepada penyampai program bual bicara ‘Wanita Hari Ini’, Shera Aiyob sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
Majlis pernikahan disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Aiyob bin Shaharuddin. Zahiril turut menyerahkan wang hantaran bernilai RM18,000 dan mas kahwin RM1,001.
Zahiril mengenakan sepasang baju Melayu putih lengkap bersampin songket, manakala Shera memakai baju kurung moden putih rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat.
Pihak pengantin lelaki membawa 11 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kasut, iPad 2, rantai mutiara, tas tangan, alat solek, wangian, coklat, Al-Quran digital dan dibalas 13 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kemeja, kasut, cupcake, wangian, sejadah, Al-Quran digital daripada pihak pengantin perempuan.
Majlis pernikahan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bercham, Ipoh diikuti majlis persandingan pada tengahari ini. Tahniah!!!
Sumber gambar: Twitter @hattadolmatHDC





















Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]