Gosip | Lena AF9 Bakal Berkahwin Tahun Ini?

Sesuatu yang memeranjatkan namun tidak mustahil malah ia adalah perkara yang baik untuk berlaku. Penyanyi lagu Sisa Kisah Kita, Lena AF9 dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya bersama seorang jejaka daripada Sabah pada 3 Mac 2012.

Namun begitu kesahihan berita ini masih boleh diragui kerana tiada sebarang pengumuman rasmi daripada tuan badan sendiri. Beberapa foto yang dipercayai merupakan bakal pasangan hidup Lena AF9 turut tersebar di laman-laman sosial. Jika benar bagai dikata, tahniah kami ucapkan. Namun sekiranya tidak benar, kita doakan yang terbaik buat Lena ok.

Lena atau nama sebenarnya Lenaber Binti Haidir mula dikenali usai menjadi naib juara didalam rancangan hiburan realiti, Akademi Fantasia 9. Namun dapat kita lihat namanya semakin kurang di dengari selepas pertandingan itu, tidak seperti sang juara bagi AF9, Hazama.

Lena kemudian kembali muncul dengan beberapa single seperti Emosi dan Bicara Hati. Lagu Bicara Hati turut dijadikan sebagai runut bunyi dalam drama adaptasi novel, Bicara Hati yang ditayangkan sejak 3 Januari 2012 yang lalu melalui saluran Astro Prima.

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress