Gosip | Ryan Keluar Dari VIP, Mahu Sertai Program Realiti?

VIP (Versatile In Performance) merupakan sebuah kumpulan yang lahir dengan hasrat untuk mengembalikan zaman kegemilangan artis berkumpulan yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu.

Selain VIP, Kumpulan Forteen juga merupakan antara usaha KRU Studios untuk terus menghidupkan trend sebegini.

Tapi ada berita yang tidak menarik yang kami dengar mengenai Kumpulan VIP ini. Salah seorang anggotanya, Ryan dikatakan mengambil tindakan untuk keluar dari VIP kerana sudah tidak yakin dengan hala tuju kumpulan yang di terajui Adam AF2 ini.

Ryan juga dikatakan telah menubuhkan sebuah kumpulan duo yang baru bersama seorang rakan untuk meneruskan perjuangan dan minat dalam bidang muzik.

Dan langkah pertama Ryan untuk memperkenalkan kumpulan ini adalah dengan menyertai sebuah program realiti anjuran Pemuda Barisan Nasional, BN Youth Music. Bijak atau tidak caturan mereka, kita sama-sama tunggu. Apa pun good luck buat Ryan dan kumpulan barunya. VIP masih boleh teruskan hidup. Heh.

 

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress