Sehingga hari ini, Mel masih tertanya-tanya siapakah sebenarnya komposer yang menggunakan nama Manusia Putih ni. Antara lagunya yang sedang meletup-letup sekarang adalah Kisah Hati nyanyian Alyah dan Jangan Kau Tanya Lagi nyanyian Farawahida yang menjadi OST drama Mata Ayer di TV3 suatu ketika dahulu. Misteri seyh!
Mel ada jugalah risik-risik disana sini untuk dapatkan maklumat tentang Manusia Putih sebanyak yang mungkin. Apa yang Mel dapat tahu, Manusia Putih juga ada buat lagu untuk beberapa orang artis lain seperti Nubhan, Erra Fazira dan Marsha. Kalau Nubhan dan Marsha tu adalah Mel dapat ‘tangkap’ siapa komposer sama yang pernah buat lagu untuk kedua-duanya.
Mungkinkah Manusia Putih adalah seorang vokalis sebuah kumpulan yang sedang popular sekarang? Ataukah cuma seorang komposer yang memang betul-betul baru dalam industri hiburan? Masih lagi jadi persoalan. Hehe.
Sedikit info tentang lagu Kisah Hati, lagu tu sebenarnya dah lama terperap dalam simpanan Manusia Putih. Dia pernah menawarkan lagu tu kepada beberapa orang penyanyi tapi masing-masing macam nak taknak je. Sampailah lagu tu diberi kepada Alyah yang kebetulan sedang mencari bahan untuk album terbarunya. Nah! Lagu Kisah Hati kini menjadi siulan ramai pihak. Begitu juga lagu Jangan Kau Tanya Lagi yang bakal hit sebab lagunya best! Syabas! Teringat pula kisah tentang lagu Izinku Pergi nyanyian Kaer. Lagu tu pun pernah melalui perkara yang sama sehinggalah Kaer merakamkannya. Tuah lagu tak siapa yang tahu.
Kepada Manusia Putih, you rock man! Kami akan terus menunggu karya-karya anda di masa hadapan. =)






Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]