Ini lagi kisah mengenai pelakon wanita yang sering dikaitkan dengan kontroversi. Kali ini nampaknya ada sesuatu yang berlaku antara Zarina dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz sehinggakan Zarina tidak dapat membendung kemarahannya lagi.
Menurut tweet yang dihantar oleh Zarina, beliau memberikan tempoh sehingga dua hari untuk Aliff berjumpa dan meminta maaf kepadanya. Sebab apa? Mereka berdua sahaja yang tahu.
Apapun, masalah menjadi lebih rumit apabila Aliff nekad untuk menyekat atau ‘block’ Zarina didalam senarai pengikut Twitternya. Lagi laa ramai nak tahu apa sebenarnya yang terjadi kan?
Ada yang mendakwa Aliff Aziz gemar bermanis mulut kepada ramai wanita sehingga membuatkan mereka menaruh harapan kepadanya. Kami tak pasti sama ada Zarina turut terkena tempiasnya juga. Tetapi dua keping gambar mesra dibawah sedikit sebanyak turut ‘bercerita’.
Apapun kami respek la juga kat Zarina ni kerana beliau adalah antara selebriti yang lantang bersuara jika ada perkara yang tak benar tendang dirinya diperkatakan. Biarpun hanya melalui Twitter.
















