Menarik… Penyanyi Ana Raffali dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya bersama pengurus peribadinya pada 25 Februari ini, 2 hari selepas pernikahan Yusry dan Lisa Surihani.
Menurut mStar Online, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.
Namun Ana Raffali ketika dihubungi pihak mStar enggan mengiya mahupun menafikan tentang tarikh dan majlis tersebut. Apa yang pasti, satu sidang media khas akan berlangsung selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 bagi mengumumkan perkara berkenaan.
Begitupun, penyanyi yang mula popular menerusi lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’ ini mengakui berkecil hati dengan tuduhan yang mengatakan dia menyembunyikan majlis pernikahannya kerana dia sendiri sudah mempunyai perancangan untuk menghebahkannya.
Mungkin ramai artis sebelum ini membuat hebahan lebih awal hingga menjadikan ia seperti sebuah trend bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan. Kerana itu keputusan Ana Raffali untuk memberitahunya selepas AJL-26 membuatkan ramai pihak salah faham.
Tak mengapalah. Kita berikan ruang buat Ana bagi memberikan fokusnya kepada AJL26 dahulu buat masa ini. Tapi ucapan tahniah in advance kami kirimkan buat Ana atas berita gembira ini. Dan all the best untuk persembahan ‘Kalau Berpacaran’ Ahad ini!
Update: Inilah Aznaim Abdullah (Naim) yang bakal menjadi suami kepada Ana Raffali. Mereka berkenalan sejak Ogos 2005 melalui sepupu Ana Raffali.















