Hangat | Komen Khairul Fahmi Dan Liuniey Berbeza, No Komen!

Menarik dari laman Detik Perubahan apabila mereka mendedahkan percanggahan kenyataan dari Khairul Fahmi dan gadis yang digosipkan bersamanya, Liuniey.

“Saya rasa ini semua salah faham.” Demikian reaksi penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek ketika gosip mengenai beliau dengan seorang gadis cantik dari Kelantan, Nur Eilunie Nastasha Nazri atau Leuniey sedang hangat diperkatakan di media masa.

Bercakap kepada kepada Kosmo!, Apek menjelaskan hubungan beliau dengan Leuniey hanya sebagai rakan perniagaan sahaja.

“Saya lebih mengenali bapanya, Nazri lebih daripada dia (Leuniey) itu pun untuk mencipta logo baharu syarikat saya, Khairul Fahmi Che Mat Resources (KFR).

“Kemudian dia yang ditugaskan untuk usaha kerja ini. Jadi kami bertemu hanya untuk membuat perbincangan mengenai rekaan logo, tidak lebih daripada itu,” jelasnya.

Namun kenyataan Apek itu agak berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Leuniey pada sidang akhbar di butiknya di Telipot di sini semalam.

Berita Harian hari ini melaporkan, Leuniey berkata:

“Saya tidak pernah bercakap, berkenalan atau mengambil gambar dengan Apek.”

Yang pastinya, hanya seorang daripada mereka berdua yang berkata benar. Jeng jeng jeng!

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress