Hangat | Misha Omar Bakal Akhiri Zaman Bujang Akhir Tahun Ini

Selepas beberapa kali menafikan khabar kononnya akan berkahwin dalam masa terdekat, penyanyi Misha Omar, 30 akhirnya tampil dan memperkenalkan bakal suaminya, Firos Ezzwan Rossly, 30 tahun. Firos merupakan seorang juruterbang di MAS. Misha Omar dan Firos pernah bercinta dan putus beberapa kali sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bernikah hujung tahun ini.

Mereka sebelum itu akan bertunang dalam masa terdekat ini.

Bila ditanya sama ada susah untuk bercinta dengan wanita yang bernama Misha Omar, Firos menjawab dengan penuh hemah;

Mungkin sebab saya bercinta dengan Samihah Omar (nama sebenar Misha), bukan Misha. The artist I adore, the women I love (artis yang saya puja, tetapi wanita yang saya cinta). Saya tak perlu menjadi orang lain, begitu juga dia.

Memang sempoi jawapan Firos. Mungkin ramai yang dah sedia maklum bahawa Misha Omar mempunyai seorang anak angkat bernama Adam yang kini berusia 6 tahun. Firos ternyata tidak ada masalah untuk turut berkongsi kasih sayang Misha Omar dengan anak angkatnya itu.

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan jodoh mereka berkekalan.

Kredit berita dan gambar: Kosmo Ahad

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress