Hangat | Nampak Pakaian Dalam…Takdelah Seksi Mana Pun – Iqa Mentor

Kalau dikenang, trend artis ber-posing di kolam renang lazimnya dapat kita lihat dalam majalah sekitar tahun 90-an hingga awal tahun 2000.

Namun trend tersebut sudah jarang kita lihat di majalah-majalah hiburan masakini. Satu perubahan positif dalam dunia hiburan tanahair. Mungkin kolam renang tidak lagi relevan untuk dijadikan background gambar. Banyak lagi tempat menarik yang boleh dipilih untuk tujuan bergambar. Setuju tak?

Terbaru, Iqa Mentor kembali mengingatkan kita tentang trend tersebut apabila gambarnya yang sedang posing dalam keadaan basah tersiar dalam portal hiburan Rotikaya.com.

Ketika itu berlangsungnya majlis selebriti bersama peminat yang dianjurkan oleh Media Hiburan bertempat di Taman Botani.

Penjelasan Iqa dalam majalah Media Hiburan:

Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam.

Mujur tak nampak ‘benda’ yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.

Nama pun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Sumber Gambar: RotiKaya.com

About author
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress