Pelakon kacak ini kini menjadi antara jejaka pujaan ramai wanita. Boleh juga dikatakan Nazim Othman turut berada di dalam senarai lelaki pilihan wanita Malaysia. Haha. Tapi korang perlu terima hakikat bahawa Nazim kini telah pun berpunya.
Nazim Othman akui hatinya kini dimiliki oleh pelakon Bella Daly yang dikenali menerusi drama bersiri popular, Vanila Coklat. Mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak enam bulan lalu.
Menurut Nazim, cintanya bersama Bella Dally mula berputik ketika mereka sama-sama berlakon menerusi drama muzikal terbitan RTM, Inspirasi Varsiti.
“Ya memang hati saya sudah dimiliki. Ianya milik Bella Dally yang saya kenali sejak setengah tahun lalu. Kami bertemu di lokasi penggambaran Inspirasi Varsiti pada penghujung tahun lalu yang memerlukan kami sama-sama menari dalam drama berkenaan,” katanya terus terang.
Nazim begitu menyenangi sikap Bella yang setia dan mendengar katanya baik sebagai kekasih mahupun sebagai pelakon yang lebih senior selain sikap tenang yang dimiliki oleh pelakon wanita ini.
Semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan jangan lupa jemput kami. Hehe.






Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]