Ketika bekas pengacara MHI, Wardina Safiyyah diduga dengan kejadian rompakan yang berlaku dirumahnya, masih terdapat pihak yang cuba menguji kesabarannya. Baru-baru ini seorang blogger tempatan mempersoalkan insiden tersebut samada ia benar-benar berlaku atau sekadar ‘lakonan’ dari Wardina.
Penulis berkenaan mendakwa berasa pelik dengan tindakan Wardina yang masih mampu meminjam komputer riba milik jiran untuk memberitahu bahawa rumahnya dirompak melalui laman Twitter beliau.
Wardina dalam kenyataannya kepada mStar Online menjemput penulis blog berkenaan untuk bersemuka dengannya bagi mengetahui samada rompakan tersebut benar-benar berlaku.
“Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya,” ujar Wardina.
“Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut. Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa,” ujarnya lagi.
Bagi kami secara logiknya tindakan Wardina meminjam komputer riba jirannya adalah lebih munasabah daripada tindakan memalsukan kejadian rompakan dan seterusnya melibatkan pihak polis dalam ‘lakonan’ berkenaan. Pendapat korang?















