Info | 3 Telemovie Raya Mesti Tonton

Selain menyiarkan filem-filem popular tempatan, TV3 juga tidak ketinggalan dalam menyediakan beberapa telemovie istimewa menyambut Syawal.  Tahun ini sebanyak lapan buah telemovie akan disiarkan dan kesemua telemovie ini diyakini mampu memenuhi selera penonton.

Berikut antara sinopsis telemovie ini secara ringkas:-

Pusara Di Lebuh Raya, Raya Pertama, 30 Ogos, 11.00 pagi

Pelakon: Fauzi Nawawi, Lisdawati, Fadilah Mansor, Fazli Daniel, Idris Md Diah, Mak Engku

Hakimi merupakan pemandu bas ekspres telah bernazar ingin membawa ibu bapanya mengerjakan umrah jika mendapat anak setelah 5 tahun menanti. Niatnya sering tertangguh malah ada sahaja masalah kewangan yang dihadapi sehingga anaknya sudah pun menjangkau usia 4 tahun. Kini isterinya, Zuraidah mengandungkan anaknya yang kedua. Hakimi nekad ingin membayar nazarnya dan dalam masa yang sama dia ingin melihat isterinya melahirkan anak dengan keadaan yang sempurna. Hakimi sangat terdesak dan sanggup mengambil kerja separuh masa dan menerima tawaran daripada syarikat bas yang belum mempunyai permit bas yang sah. Atas kelesuan badan, bas yang dipandu oleh Hakimi terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan ramai orang yang terkorban.

 

Ku Petik Dosa, Raya Keempat, 2 September 2011, 11.00 pagi

Pelakon: Fasha Sanda, Fadilah Mansor, Zaidi Omar, Farah Nadia, Fikree Bakar

Aina dan Haris berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina mengambil keputusan untuk kembali bekerja apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta. Qaseh telah dihantar ke rumah jirannya, Kak Sal. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk bekerja siang dan malam. Suami Kak Sal, Khalid yang terlalu mengikut nafsunya telah menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa kemarahannya terhadap Khalid dan merahsiakan hal tersebut daripada Aina dan Haris.

Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam. Kebetulan Aina sedang mengandung anak kedua maka perubahan Qaseh dianggap merajuk dan merasakan dirinya tidak disayangi. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga dia selalu demam dan akhirnya muntah darah dan pengsan. Aina mengejarkannya ke hospital dan terkejut apabila pihak hospital mengesahkan Qaseh didera dan dirogol.


Bara Cinta Ramadan, 17 September, 10.00 malam

Pelakon: Zamarul Hisyam, Jasmin Hamid, Fauziah Nawi, Ako Mustapha, Zarina Zanordin

Malik ialah seorang pemandu lori sudah berkahwin dengan Rozita selama 13 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, Amran (12 tahun), Roslina (9 tahun) dan Shafik (8 tahun). Sejak berkahwin, Malik tinggal bersama mertuanya, Arpah di kampung. Arpah tidak sukakan Malik menetap di rumahnya tetapi terpaksa akur dengan keadaan demi cucu-cucunya. Seperti tahun-tahun lepas, apabila Ramadan menjelang, Malik menolak untuk bekerja lebih masa supaya dapat berbuka puasa bersama anak-anak dan membawa keluarga berterawih di masjid.

Namun, tindakan Malik tidak disenangi oleh Arpah kerana sudah dua tahun Malik mengambil keputusan seperti itu. Arpah malu kerana sebahagian dari makan minum dia dan Malik sekeluarga ditanggung oleh Shamsuddin, suami kepada adik Rozita. Arpah mula berulang kali menghasut Rozita supaya memaksa Malik mencari duit sebanyak mungkin untuk persediaan 1 Syawal. Justeru itu, Rozita yang sebelum ini terkenal dengan isteri yang amat memahami, mula mendesak Malik.

Sumber Portal GUA

About author
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress