Info | Teruja Untuk Bongkar Rahsia Ejen Nora?

Kami pernah berkongsi dengan korang tentang permulaan transformasi bintang jelita Tiara Jacquelina yang bertukar sisi sebagai Ejen Nora dan bagaimana idea untuk pementasan ini bermula. Tidak lama lagi, Nora akan muncul di pentas Istana Budaya untuk membongkar rahsia hidupnya yang disimpan rapi. Dan korang berpeluang untuk jadi antara yang bertuah melihat penampilan Nora di Istana Budaya sekiranya korang cepat untuk mendapatkan tiket yang dijual;

Tiket boleh mula didapati di Asia Red Tix secara atas talian. Khabarnya, tempat duduk bagi setiap pementasan makin dipenuhi. Jadi jangan tunggu lagi! Terus dapatkan tiket di Asia Red Tix atau secara terus di Kaunter Box Office, Istana Budaya atau korang juga boleh hubungi 03-8775 4666 untuk maklumat lanjut!

Info Menarik!

  • Terdapat tiket-tiket berharga RM20, RM50, RM 110, RM 120, RM 220, RM 230, dan RM350 untuk menyaksikan pementasan ini.
  • Khusus buat pembeli tiket RM350, korang akan turut dapat buku program, cenderamata eksklusif NORA dan juga minuman istimewa semasa waktu rehat.
  • Selain itu, tiket juga boleh dibeli di Tingkat 2, Pusat membeli belah Pavilion, Kuala Lumpur bermula 10 Ogos lalu sehingga 4 September ini.

Teater muzikal ini akan mula dipentaskan pada 29 September ini sehingga 16 Oktober 2011. Dengan penampilan bersama pelakon-pelakon lain seperti Ryan Silverman, Adibah Noor, Aznil Hj Nawawi, Tony Eusoff, dan Aaron Khaled. Ia turut dibantu oleh Ratnah Mentor5, Nadia Aqilah Bajuri, serta krew tarian Showdown, HMC Phlow dan Floor Fever. Dibawah pengarahan pengarah teater muzikal tersohor, Steven Dexter, pasti korang tak rugi pergi menontonnya. Enjoice!

+ Gambar Sidang Media The Secret Life of Nora bersama MAC

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress