Info | Transformasi Tiara Jacquelina Kepada Nora

Nora Elena sudah tentu tiada kaitan dengan apa yang akan kami kongsikan disini. Kerana sememangnya hampir tiada apa yang boleh mengaitkan antara Tiara Jacquelina dan Nora Elena. Haha. Tetapi Nora yang dimaksudkan adalah watak yang akan dipegang oleh Tiara didalam pementasan teater terbaru beliau, The Secret Life of Nora. Setelah memperoleh kejayaan dan memenangi beberapa anugerah dengan pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dan Teater Muzikal P.Ramlee, Tiara dan Enfiniti Vision Media miliknya kini kembali dengan projek teater muzikal terbaru mereka ini.

Ujar Tiara, idea untuk menghasilkan TSLN mula ditimbulkan hanya dengan perbualan kosong antara dirinya dengan pereka set terkenal, Raja Maliq dan beberapa individu lain yang terlibat dengan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) ketika itu.

“Mendengarkan mereka berbicara dengan idea yang cukup bernas dari jalan cerita sehinggalah ke kostum dan rekaan set untuk merealisasikan kisah seorang agen penyiasat wanita itu, benar-benar membuatkan saya kagum. Lalu, saya fikir ia merupakan idea yang menarik untuk dipersembahkan di pentas teater, kisah seorang agen penyiasat wanita sebagai subjek utama untuk teater terbaru saya ini. Selepas beberapa siri perbincangan dan berfikir semasak-masaknya, akhirnya kami sepakat untuk menghasilkan TSLN yang kami percaya dapat memberikan santapan hiburan baru kepada masyarakat tempatan.” – Tiara Jacquelina

Tiara turut akan kembali ke pentas teater dengan memegang watak agen penyiasat bernama Nora dalam pementasan yang akan dipentaskan di IB bermula penghujung September ini selama tiga minggu.

Tiara dalam profilnya sebagai seorang penerbit teater muzikal di negara ini, amat sukar untuk melihat dia mengecewakan penonton. Tiara juga bukanlah anak seni yang melakukan sesuatu perkara sambil lewa atau tidak serius. Baginya, apa sahaja yang dilakukan waima perkara kecil sekalipun, dia akan usahakannya dengan bersungguh-sungguh sehingga menampakkan hasilnya.

Bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan memberikan impak yang luar biasa untuk TSLN, aktres yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik menerusi filem Puteri Gunung Ledang pada 2005 ini sanggup terbang ke London semata-mata untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran pengarah serta aktivis teater terkenal, Steven Dexter. Steven Dexter akan menjadi pengarah bagi teater TSLN ini. Tiara juga memberitahu akan ada beberapa muka lama yang sebelum ini terlibat dengan dua pementasan terdahulu akan kembali bekerja dengannya selain tenaga kerja baru.

Dalam masa yang sama, Tiara tidak menafikan pihaknya ada keinginan untuk membawa pementasan itu ke luar negara. Dia begitu maklum betapa Malaysia mampu untuk membawa produk teater tempatan untuk dipentaskan di West End atau London namun menurutnya, itu semua cuma perancangan awal dan perlu dikaji melalui sambutan TSLN di Malaysia sendiri terlebih dahulu.

Tentang soal kos pula, ianya dirahsiakan oleh Tiara namun dikhabarkan ia akan menelan belanja lebih daripada RM5 juta sekali gus menjadikannya sebagai teater muzikal paling mahal dalam sejarah.

Selepas mengabdikan diri dalam hidup Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang, Tiara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan transisi baru dalam hidupnya dengan watak Nora pula. Baginya, watak Nora bukan calang-calang kerana ia menuntut cabaran yang cukup tinggi dan atas alasan itu, Tiara kini menjalani rejim senaman bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan terbaik untuk tempoh tujuh bulan akan datang dan sekaligus bersedia untuk menjadi Nora.

-Dipetik dan diolah daripada Utusan Malaysia Online.

 

WoW! jangan lepaskan peluang untuk turut sama merungkai rahsia kehidupan agen rahsia, Nora dengan panorama 60-an di Istana Budaya bermula 29 September 2011. Pastikan anda tidak terlepas sebarang info mengenai teater ini dengan mengikuti semua pengumuman berkaitan melalui Facebook rasmi teater ini iaitu The Secret Life of Nora. Semoga pementasan ini kelak akan menjadi satu sejarah baru buat semua warga kerjanya serta industri teater Malaysia. All the best, Tiara!

 

Mel: Tiara is gorgeous and indeed gorgeous itself is Tiara Jacquelina! Ok. Mel terlebih sudah! =)

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

  • http://rentakartis.com/gambar-sidang-media-the-secret-life-of-nora-mac-klcc/ Gambar | Sidang Media The Secret Life of Nora, MAC KLCC « Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat

    [...] Hari ini (22 Ogos 2011) berlokasi di Butik MAC, KLCC, Team RentakArtis telah menghadirkan diri pada majlis sidang media Teater terbaru Datin Seri Tiara, The Secret Life of Nora. [...]

  • http://rentakartis.com/info-teruja-untuk-bongkar-rahsia-ejen-nora/ Info | Teruja Untuk Bongkar Rahsia Ejen Nora? « Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat

    [...] pernah berkongsi dengan korang tentang permulaan transformasi bintang jelita Tiara Jacquelina yang bertukar sisi sebagai Ejen Nora dan bagaimana idea untuk pementasan ini bermula. Tidak lama [...]

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress