Fasha Sandha berasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk ada yang mendakwa dia telah berkahwin di luar negara sebelum ini.
Fasha telah mengesahkan dia ‘bunting pelamin’ baru-baru ini memberitahu kepada wartawan Utusan, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.
“Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?
“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.
“Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,” katanya tegas.





Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]