Sebuah portal berita melaporkan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin semakin lemah sehingga sudah tidak lagi mengenali rakan-rakan yang datang melawatnya.
“Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling,” ujar Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli ketika menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang.
Difahamkan, walaupun ingatannya semakin lemah tetapi memori mengenai industri perfileman negara tetap tidak luntur. Malah Jins dikatakan masih ingin berkhidmat dalam industri seni dan bekerja seperti biasa.
Team RentakArtis mengharapkan agar Jins Shamsuddin dapat terus memeriahkan industri seni negara kerana pengalaman dan ketokohan yang dimilikinya mampu mengangkat perfileman negara ke tahap yang lebih tinggi.





Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]