Justin Bieber Disaman Kerana Memandu Laju - RentakArtis.com

Hantarkan Artikel
Undi Kami!
Jersi ORI
komen

Justin Bieber disaman oleh pihak berkuasa pada Jumaat (waktu tempatan) kerana kesalahan memandu kereta sport miliknya, Fisker Karma melebihi had laju yang ditetapkan.

Laman tmz.com melaporkan, bintang berusia 18 tahun itu ditahan oleh polis selepas didapati memandu pada kelajuan melebihi 100 batu sejam di Lebuh raya Southland, California di sini.

Difahamkan, Bieber memandu laju kerana cuba mengelak daripada paparazi yang mengekorinya.

Pegawai penguatkuasa bandaraya Los Angeles, Dennis Zine berkata, orang awam menghubungi pihak polis sejurus melihat penyanyi itu memandu dalam keadaan laju.

“Bieber memandu seperti orang gila. Dia mencelah-celah di dalam kesibukan trafik di lebuh raya itu.

“Hakikatnya, memang tiada ruang yang banyak di antara kereta-kereta di atas jalan ketika dia mencelah-celah daripada satu lorong ke lorong yang lain,” katanya seperti dipetik laman itu.

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen
Tag Artikel :

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien