Kami tertarik dengan satu khabar yang mengatakan bahawa seorang personaliti TV ini semakin besar kepala.
Cerita ini disampaikan oleh individu yang terlibat secara langsung dengan sebuah produksi berbentuk majalah yang disiarkan pada hujung minggu. Menurut individu ini, dia dan rakan-rakan lain sudah muak dengan perangai pengacara program itu yang semakin besar kepala dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain.
Dia berlagak seolah-olah tahu segala-galanya walaupun ada kalanya tindakannya itu menyusahkan pihak produksi. Dengarnya ramai yang cuba menjauhkan diri daripada pengacara wanita itu kerana sikapnya yang tidak menghormati orang lain.
Sementara itu, timbul juga cakap-cakap yang mengatakan pengacara wanita ini cemburu dengan pasangan pengacaranya. Ini kerana timbul dakwaan yang mengatakan penonton lebih suka melihat pasangan pengacaranya itu berbanding dirinya. Bahkan, dia juga cemburu kerana tidak berpeluang ke lokasi penggambaran di luar negara.
Sesiapa yang pick up, tentu dah tau siapa personaliti ini. Kami pun sebenarnya pernah dengar cerita tentang perangai ‘kekwat’nya sejak dari dulu lagi. Mungkin sifat ramah tamah yang ditunjukkannya kepada khalayak adan peminat membuatkan orang tak percaya itu perangai sebenarnya. Ouch!














