“Inilah jodoh kami,” ujar Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha melalui majalah NONA edisi terbaru yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.
Hari ini khabar mengenai majlis perkahwinan mereka yang dikatakan bakal berlangsung Disember ini memang sahih belaka.
Lebih menarik, majalah Nona menjadi antara yang pertama mendapatkan hak eksklusif kisah percintaan dan perkahwinan mereka.
Sementara itu, bapa Khairul Fahmi telah mengesahkan berita gembira ini tetapi berkata yang tarikh sebenar masih belum ditetapkan antara 28 Disember sehingga Januari 2013.
“Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas dia pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelas Che Mat Hussain kepada Kosmo!
Menurut sumber lain, dua majlis persandingan akan diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu & satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu, Kelantan. Mereka juga akan terus bernikah tanpa melalui proses pertunangan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat bakal pasangan mempelai ini. Moga jodoh berkekalan yeah!











Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]