Kontroversi | Rita Rudaini, Zaquan Adha Bertikam Lidah Di Twitter

Pada mulanya nak juga kami letakkan tajuk dua personaliti berbeza bidang ini bertikam Twitter. Barulah nampak tepat tapi ternyata buruk bunyinya.

Pelakon Rita Rudaini dan juga adik iparnya, pemain bolasepak Zaquan Adha menjadi selebriti terbaru yang menggunakan medium Twitter sebagai medan ‘peperangan’. Kenyataan bahawa mereka tidak sebulu semenjak Rita bercinta dengan abang kembar Zaquan (Aidil Zafuan) memang dah kita sedia maklum.

Dan, perbalahan antara mereka nampaknya tidak menampakkan tanda tanda untuk reda selepas beberapa jam lalu, masing masing mengeluarkan kenyataan sinis melalui akaun Twitter.

Kami tak pasti apa yang membuatkan Zaquan begitu ber’api’ untuk menulis yang beliau tidak berasa hairan apabila Rita Rudaini tidak peduli ibu mertua tidak menyayangi beliau kerana aktress itu sendiri di dakwa sudah lama tidak balik ke rumah keluarga Aidil Zafuan.

Rita Rudaini membalas kenyataan Zaquan Adha dengan berkata pemain bola sepak itu merupakan punca beliau tidak mahu balik ke rumah keluarga mertua kerana sikapnya yang suka melaga lagakan.


About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

  • Syasyafalani

    hurm… nmpk mcm sebenarnye adik ipar die tuh jeles abg die tu dpt si rita… alahai… ko pon da ade bini… lupekan cite lama 

  • zalina

    sy tgk walau umur rita 36 dia still nampk young n beaty….x baik tau masuk campur n keruhkan rumahtangga org lain.. t kena batang hidung sdiri baru tau….  hahahahhaa hati2 dunia umpama roda…

  • zalina

    orang lelaki klu mulot camtu menakutkan.. mesti klu ada hal sok dia bgi ayat power lak kat bini dia….

  • zalina

    ala x rugi pon tiggal llaki cam suami rita tu….spuluh dia bleh cari…harap je ada rupa macho g aaroon aziz hahhahaha 

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress