Lelaki Teragung Juara AJL 31

— Publish on January 23 2017 and Komen | 435,515 Views

16251975_10155268280489026_3098916493135790030_o

Sumber Foto : Farish Ayub

Lagu Lelaki Teragung yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah ciptaan Natasyah dan penulis lirik Iman Imran telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-31 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Manakala Naib Juara jatuh kepada Hafiz dan Misha Omar yang membawa lagu berjudul Terimaku Seadanya hasil sentuhan sepenuhnya oleh Ajai. Hasil kemenangan tersebut berjaya melayakkannya mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.

Di tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Projector Band yang membawa lagu berjudul ‘Sudah Ku Tahu’ ciptaan sepenuhnya oleh Razif dan turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi.

Dalam pada itu, bagai menepati ramalan apabila penyanyi Dayang Nurfaizah sekali lagi berjaya mempertahankan kategori vokal terbaik untuk 3 tahun berturut-turut menerusi lagu berjudul ‘Lelaki Teragung’ dan turut berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 dan sebuah trofi.

Kategori persembahan terbaik pula jatuh kepada Khalifah dengan lagunya yang berjudul ‘Hang Pi Mana’. Kemenangan bagi kategori persembahan terbaik melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi.

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini

Galeri Foto :Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW).

Love this topic? Dont forget to share with your friends. Help us to spread the information with the others :)

Comment Area

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Have something to say?

KEMPEN

LAGI ARTIKEL MENARIK

1,114,190 Views

‘Gigitan Cinta’ Di Leher Yuna Akibat Digigit Labah-Labah

28 November 2016 • Komen

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah. Penyanyi Yuna menjelaskan foto kontroversi yang tersebar pada... [...]

Inilah foto yang menjadi viral selepas terdapat kesan lebam pada leher Yuna kononnya akibat gigitan cinta. Ia sebenarnya kesan akibat gigitan labah-labah.