Pelakon kembar, Mary Kate dan Ashley Olson digelar raksasa dengan diberi panggilan Trollsen Twin oleh PETA (Orang bagi Layanan Beretika Terhadap Haiwan), kelmarin.
Akhbar Daily Mail melaporkan pasangan kembar tersebut yang mengetuai syarikat fesyen dikenali sebagai The Row menimbulkan kemarahan aktivis hak asasi haiwan selepas mengeluarkan produk beg sandang terbaru mereka yang diperbuat daripada kulit dan bulu haiwan.
PETA dalam satu kenyataan turut mempersoalkan kebolehan dan imaginasi pasangan kembar itu dalam mereka fesyen apabila menghasilkan beg sandang bernilai AS$17,000 (RM52,700) tersebut.
‘‘Jika seseorang itu adalah raksasa dan berperangai macam raksasa, ia mungkin Trollsen Twin atau mereka yang memakai beg sandang diperbuat daripada bulu haiwan yang tidak bersalah.
‘‘Kerana kekurangan kreativiti, mereka cuba menghasilkan sesuatu yang mengejutkan. Apa yang menyedihkan, musang, lembu dan buaya menjadi mangsa,’’ lapor Rancangan televisyen hiburan, E! yang memetik kenyataan PETA tersebut. – AGENSI





Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]