Neelofa Tunai Umrah - RentakArtis.com

Hantarkan Artikel
Undi Kami!
Jersi ORI
komen

Setelah berdepan kontroversi bersama pelakon Anzalna Nasir, Juara Dewi Remaja 2010/11, Neelofa, kini berada di Tanah Suci.

Selain menjalani penggambaran di sana bagi drama terbaru Erma Fatima, Kau Yang Terindah, Neelofa turut mengambil peluang berharga itu untuk menunaikan umrah.

Menerusi laman sosial Twitter miliknya, Neelofa tidak putus-putus melahirkan rasa teruja walaupun gementar berada di rumah Allah.

“Ini kali pertama saya ke sini, syukur sebab saya diberi peluang untuk bertamu ke rumah Allah.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan saya berasa amat puas untuk berdoa di sini.

“Doa saya semoga akan beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini, ketenangan serta fasa baharu yang membahagiakan,”.

Dalam masa sama, pelakon Azura 2011 ini turut berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di sana. -SINARHARIAN

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen
Tag Artikel : ,

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien