Pelawak Osman Kering menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 3.45 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Zed Zaidi melalui akaun twitternya.
Berita ini telah disampaikan menerusi panggilan telefon oleh isteri Osman Kering kepada Zed Zaidi. Jenazah Allahyarham kini berada di hospital tersebut dan akan dibawa ke Masjid Najihin, Cheras untuk disempurnakan.
Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Isyak malam ini. Berita sedih ini disahkan oleh dua orang anak Allahyarham.
Minggu lalu, pelawak itu diberitakan telah meninggal dunia dan khabar angin itu telah tersebar di laman sosial.







Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]